17 February 2011

Hantu berkeliaran - siri 2

Lokasi : Kolej Cendana UiTM
Situasi : Kitorang sedang minum teh + makan biskut di bilik aku

Sambil minum, kitorang borak-borak dan bergelak ketawa. Tiba-tiba..KREEEEKkkKKkkkkkKkkkkkk....pintu bilik aku terbuka sendiri (macam di tiup angin)

A : Aii masuk lah...kitorang tengah makan-makan nie (padahal xde sesiapa pun kat pintu tu)
B : A..ah..masuk la, boleh join borak-borak
Aku : Meh la minum, roomate aku tak de, dia balik kampung. Nama dia Cik Pah.

Malam tu aku tido sorang-sorang tanpa mengesyaki apa-apa

Bila tiba tengah malam, tiba-tiba jer aku terjaga, mestilah buka mata kan. Apa lagi, nampak lah pocong berdiri tegak jer kat tepi katil aku.

Aku : Alllaamakkkk...pocong....baik pura2 pejam mata, harap2 dia tak perasan la yang aku nampak dia (cakap dalam hati jer, sebab dah takuttttttttttttt)

Pocong : Kirim salam kat Cik Pah yer
(terus hilang)

Esoknya, Si A dengan Si B memang kena marah la dengan aku. Gatal sangat gie panggil benda yang tak nampak.

⊙.☉ Penghuni Cendana sila berhati-hati~~

4 comments:

  1. hehehe..ape lahh ;) ;)

    eh, baru perasan, belog sy ada kat sini jugak ekk ;)

    ReplyDelete
  2. hehee.. ni cite benaran ke ape??!
    klw betol2, apa lagi cabutttttt..............!

    ReplyDelete
  3. ini betul2..bukan cobaan...
    sampai sekarang fobia dengar bunyi pintu terbuka sendiri

    ReplyDelete
  4. Boleh tanya, macam mana rupa dia? Kalau Anizz, dah lama menjerit and terus pengsan. Tak pun, dekat dalam hati tu, dah menyumpah seranah kawan A and B tu. Hahahahaha~

    ReplyDelete

Sayang anda semua