17 February 2011

Hantu berkeliaran - siri 1

Antara dialog yang biasa kita dengar dari kecik-kecik;
  1. Jangan main kat bawah pokok besar tu, nanti ada benda ikut kau balik rumah
  2. Jangan bawak balik batu kat air terjun tu, takut ada penunggu kat situ marah
  3. Jangan tegur kalau ada terhidu atau dengar sesuatu
dan macam-maca lagi lah.

Betul ke hantu / penunggu ni wujud..?? Entah la...setakat ni aku pernah nampak hantu pocong jer, yang lain2 tu aku tak nak nampak lah...serammmmmmmmmm

Ini antara kajian kes yang aku sempat buat:

Kalau ada kes hilang duit kat hostel, Sah nama TOYOL akan berada di atas, sebabnya toyol ni boleh menyelinap masuk ke dalam mana-mana bilik atau tempat berkunci dan mencuri duit seperti yang di arahkan tuannya. Baik siasat betul-betul, orang yang betul2 mencuri entah-entah sedang bergumbira, tak pasal-pasal si toyol pulak yang berduka.

Kalau musim peperiksaan pulak, mula lah ada dengar cerita "weiii..malam tadi si Tina tu nampak ada benda putih kat atas pokok tepi asrama tu, rambut panjang..." hah siapa lagi tu kalau bukan LANGSUIR kan. Padahal dia nak tumpang tido jer kat atas pokok tu. Bukan nak usik korang pun.

Kalau kecoh satu kampung mencari anak cik bedah tak jumpa-jumpa...siapa yang jadi mangsa tuduhan, BUNIAN jugak..."Mat Tempe tu hilang sebulan kena sorok hantu bunian..." Padahal mat tempe tu gie MARDI, ada kursus buat tempeh perisa anggur selama sebulan.

Kalau ada budak mati lemas kat sungai, sapa yang di persalahkan..."eeee..kat sungai tu ada HANTU AIR tau, sebab tu lah ramai yang mati kat sungai tu..." Kalau tau skill kuak lentang jer, tak payah la nak gie mandi kat sungai..lebih baik la main kuak kuak kat atas katil jer..

⊙.☉Ish, nak balik lah...seram sejuk & sunyi jer kat sini...

No comments:

Post a Comment

Sayang anda semua