17 February 2011

Hantu berkeliaran - siri 2

Lokasi : Kolej Cendana UiTM
Situasi : Kitorang sedang minum teh + makan biskut di bilik aku

Sambil minum, kitorang borak-borak dan bergelak ketawa. Tiba-tiba..KREEEEKkkKKkkkkkKkkkkkk....pintu bilik aku terbuka sendiri (macam di tiup angin)

A : Aii masuk lah...kitorang tengah makan-makan nie (padahal xde sesiapa pun kat pintu tu)
B : A..ah..masuk la, boleh join borak-borak
Aku : Meh la minum, roomate aku tak de, dia balik kampung. Nama dia Cik Pah.

Malam tu aku tido sorang-sorang tanpa mengesyaki apa-apa

Bila tiba tengah malam, tiba-tiba jer aku terjaga, mestilah buka mata kan. Apa lagi, nampak lah pocong berdiri tegak jer kat tepi katil aku.

Aku : Alllaamakkkk...pocong....baik pura2 pejam mata, harap2 dia tak perasan la yang aku nampak dia (cakap dalam hati jer, sebab dah takuttttttttttttt)

Pocong : Kirim salam kat Cik Pah yer
(terus hilang)

Esoknya, Si A dengan Si B memang kena marah la dengan aku. Gatal sangat gie panggil benda yang tak nampak.

⊙.☉ Penghuni Cendana sila berhati-hati~~

Hantu berkeliaran - siri 1

Antara dialog yang biasa kita dengar dari kecik-kecik;
  1. Jangan main kat bawah pokok besar tu, nanti ada benda ikut kau balik rumah
  2. Jangan bawak balik batu kat air terjun tu, takut ada penunggu kat situ marah
  3. Jangan tegur kalau ada terhidu atau dengar sesuatu
dan macam-maca lagi lah.

Betul ke hantu / penunggu ni wujud..?? Entah la...setakat ni aku pernah nampak hantu pocong jer, yang lain2 tu aku tak nak nampak lah...serammmmmmmmmm

Ini antara kajian kes yang aku sempat buat:

Kalau ada kes hilang duit kat hostel, Sah nama TOYOL akan berada di atas, sebabnya toyol ni boleh menyelinap masuk ke dalam mana-mana bilik atau tempat berkunci dan mencuri duit seperti yang di arahkan tuannya. Baik siasat betul-betul, orang yang betul2 mencuri entah-entah sedang bergumbira, tak pasal-pasal si toyol pulak yang berduka.

Kalau musim peperiksaan pulak, mula lah ada dengar cerita "weiii..malam tadi si Tina tu nampak ada benda putih kat atas pokok tepi asrama tu, rambut panjang..." hah siapa lagi tu kalau bukan LANGSUIR kan. Padahal dia nak tumpang tido jer kat atas pokok tu. Bukan nak usik korang pun.

Kalau kecoh satu kampung mencari anak cik bedah tak jumpa-jumpa...siapa yang jadi mangsa tuduhan, BUNIAN jugak..."Mat Tempe tu hilang sebulan kena sorok hantu bunian..." Padahal mat tempe tu gie MARDI, ada kursus buat tempeh perisa anggur selama sebulan.

Kalau ada budak mati lemas kat sungai, sapa yang di persalahkan..."eeee..kat sungai tu ada HANTU AIR tau, sebab tu lah ramai yang mati kat sungai tu..." Kalau tau skill kuak lentang jer, tak payah la nak gie mandi kat sungai..lebih baik la main kuak kuak kat atas katil jer..

⊙.☉Ish, nak balik lah...seram sejuk & sunyi jer kat sini...

Ana Rafali semakin dibenci


Aku ingatkan cerita pasal ketidakpuasan atas kemenangan Ana Rafali dah suam-suam kuku atau dah sejuk. Rupanya masih ramai lagi yang berkata-kata.

Sejak Ana Rafali menang AJL haritu, banyak pulak suara-suara sumbang yang tidak puas hati dengan kemenangan dia. Aku berada di atas pagar, mengutuk tidak, menyokong pun tidak. Itu adalah rezki masing-masing la kan.

Aku just bayangkan kalau aku di tempat dia, lepas seronok menjadi juara, keesokannya terus dengar suara-suara yang tidak puas hati dengan kemenangan aku. Tentu hati terasa remuk redam. Sehinggakan dia mengeluarkan statemet sebegini

"saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali."
"saya hairan, kenapa ramai seakan-akan cuba menjatuhkan saya sedangkan saya tidak pernah cuba untuk menyakiti sesiapa"

Berhentilah daripada melakukan semua itu, bayangkan jika kita atau saudara-mara kita ditempat dia, adakah kita tidak punyai perasaan.

✿◕ ‿ ◕✿Adakah kita begitu hebat untuk menghukum manusia lain

14 February 2011

Say NO to Valentine's Day

NOOoOoooOoOOooOooOooOooOoooOooOooooooOoOoo

✿◕ ‿ ◕✿Okey, just short entry.

Awan "alif lam lam ha"

Dah kul 12 malam, tapi mata tak ngantuk lagi, so blogwalking lah aku sampai mata mengantuk. Then terjumpa blog yang menceritakan tentang AWAN. Dia letakkan gambar awan berbentuk Love. Terus automatiknya mengingatkan aku masa kat UiTM dulu.

Bentuknya lebih kurang macam ni la

Kisahnya bermula~ ~

Aku dari kecik memang suka tengok awan.
Tebiat tu terbawak2 sampai kat kolej. Time tu ujan renyai..aku duduk kat atas bangku depan kolej sambil pegang payung sorang2. Takde apa nak buat, aku pun tengok la awan2 tu bergerak.

Lepastu, terdetik dalam hati, Ish Kalaulah awan tu boleh membentuk "alif lam lam ha".
Tiba2, segerombolan awan, bergerak dan terus membentuk tulisan "alif lam lam ha"
Masyaallah...(mesti korang ingat aku tipu kan...sumpah aku tak tipu tau...).

Aku terjerit2 panggil member2 lain tengok, tapi diorang macam tak dengar langsung jeritan aku. Padahal diorang kat belakang aku jer..Lepastu awan tu terus bergerak dan berpecah. Macam tak nak orang lain tengok apa yang terbentuk tu.

Aku pun macam tak percaya...kenapa Dia pilih aku untuk lihat kekuasaannya.

✿◕ ‿ ◕✿Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.

Jom derma darah

Sekarang ni kempen derma darah sedang di jalankan di merata-rata tempat. Sebabnya, hospital dah kekurangan stok darah. Mana taknya, rakyat malaysia kan suka minum darah especially ketika musim perayaan.Ni belakan habis lagi, sebab masa raya cina aritu, ramai yang gunakan darah untuk dijadikan sirap..

Dari apa yang aku dengar, darah jenis A dan O sangat2 diperlukan.
Kalau korang nak tau, orang yang ada darah jenis O ni agak special sikit.

Ini abg aku punya cerita lah.

Dengan bangganya + sedikit riak dia bercerita kat aku. Setiap kali dia gie derma darah, dia akan request nurse yang paaaling cantik untuk inject dia. Boleh dapat pulak tu...Pastu kalau nak request air & makanan lebih pun akan dapat jugak.

Sebabnya, orang yang ada darah O nie tak ramai, so bila ada yang menderma, memang layanan first class lah. Tak puas hati betul aku ngan citer dia.

Habistu, kalau pompuan macam aku..nak request mendenya...mana ada nurse lelaki..MA ada la..Tapi yang buat keje2 tu kebanyakannya nurse...huh..

๏̯̃๏ Ini Tidak Adil..

13 February 2011

Nasi Ayam Simple,Segera & Sedap

Aku suka baca blog NIE, simple.
Ceritanya berkisar perkara yang sama jer
Pasal makanan, berkebun, cara kuruskan badan, anak-anak
Tapi tetap menarik untuk dibaca setiap hari

Haa, kalau korang nak kuruskan badan
Tanpa menahan lapar dan dahaga
Korang baca2 lah blog yang aku cakap nie
Ternyata tidak tersiksa kelaparan dan berkesan

Lagi satu aku suka entry dia yang ada banyakkk gambar makanan.Sekali tu aku tertarik dengan gambar nasi ayam yang dia masak. Gambar je ada, resepinya tak pulak dimasukkan. Masa tengok gambar tu, aku tengah kelaparan sangat

Pastu apa lagi
Terus gie tengok peti ais
Nampak lah ayam berketul2 kat dalam tu
Pastu mula lah operasi masak nasi ayam
menggunakan teknik resepi HANTAM SAJA LAH LABUU..

Nie aku nak bagi resepi HANTAM SAJA LAH LABUU..aku kat korang

1. Mula2, cuci ayam tu bersih2 tau
2. Pastu rebus semuanya, masukkan kulit kayu manis, bawang, bunga lawang, halia & bunga cengkih skit dalam rebusan tu (untuk dijadikan sup)
3. Sementara tu korang gie la basuh beras
4. Lepas 10-15 minit rebusan ayam tadi mendidih, boleh lah padamkan api.
5. Dengan berhati-hatinya, masukkan air rebusan yg panas td dlm beras yg korang cuci tu, then masukkan sikit serbuk kunyit, pastu masak lah nasi tu mcm biasa.Lebihan air rebusan tu, boleh dijadikan sup.
6. Ayam tu, korang lumur je dengan kicap, pastu lumur pulak dengan madu.
7. Then, goreng jer ayam tu, guna api perlahan. Korang akan nampak ayam tu hitam mcm arang bila goreng. Jgn cemas..mmg akan hitam sebab madu yang menjadikan ayam goreng korang hitam.
8. Sambal cili...mak aku yang buat. Dia Blend jer cili yang besarrr tu + garam + air limau nipis + belacan
9. Kalau rajin, potong lah timun, tomato & salad.
10. Kicap tu, aku tak reti buat, guna jer kicap yang kat dalam peti ais kat rumah korang

Haaa...dah siap, Boleh makan...
Sedap tau...mak aku pujiiii...(mula2 dia risau jugak tgk aku masak tu..).Dia cakap "ehhehh..vontot orang tu dah besarrr la, sebab semua org puji nasi ayam dia sedap"..

✿◕ ‿ ◕✿ Pinjam yer perkataan vontot tu...hiii